Posted by
Sapinah Haji Said
comments (0)
Epal hijau mampu membantu seseorang yang ingin menurunkan berat badan.
Posted by
Sapinah Haji Said
comments (0)
Menjemput dan mengundang
serupa tetapi tidak sama
Menjemput - pergi dan ambil seseorang (mengiringi)
Contoh: Ayah menjemput ibu di lapangan terbang.
Mengundang - mempelawa, tidak perlu pergi mengambil. Cukup dengan kad atau telefon.
Contoh: Siti Nurhaliza mengundang saya ke majlis kenduri kesyukuran di rumahnya kerana lulus cemerlang dalam PMR
Salah: Siti menjemput saya menggunakan telefon.
Posted by
Sapinah Haji Said
comments (0)
Musang berbulu ayam Semua ayam kenal musang itu musuh ketatnya. Sejauh 3 kilometer pun ayam sudah mengenali musang dan akan lari jauh-jauh. Kalau musang mahu menangkap ayam, musang kenalah menyamar menjadi ayam.
Maksud : Musuh menyamar menyerupai orang atau golongan yang ingin dikhianatinya Ayat: Orang munafik merupakan musang berbulu ayam bagi orang Islam. Berhati-hatilah
Maksud : Musuh menyamar menyerupai orang atau golongan yang ingin dikhianatinya Ayat: Orang munafik merupakan musang berbulu ayam bagi orang Islam. Berhati-hatilah
Posted by
Sapinah Haji Said
comments (0)
Mulut tempayan, maksudnya tidak boleh menyimpan rahsia.
Mengapa dikatakan mulut tempayan, bukan mulut karung guni ke?
Sebabnya mudah. Cuba tengok mulut tempayan yang terbuka tu. Sekali pandang sahaja terus nampak ke dasarnya. Apa-apa sahaja benda yang ada dalam tempayan itu nampak dengan jelas, tiada tersembunyi lagi.....itulah yang dikatakan tidak pandai menyimpan rahsia.
Contoh ayat: Mulut tempayan tidak layak menjadi kaunselor
Posted by
Sapinah Haji Said
comments (0)
Posted by
Sapinah Haji Said
comments (0)
HARI INI DALAM SEJARAH
16 September 1963 - Dengan izin ALLAH, satu negara baru telah ditubuhkan dengan nama MALAYSIA. Negara ini menggabungkan 4 wilayah iaitu Persekutuan Tanah Melayu yang telah merdeka pada 31 Ogos 1957, Singapura, Sabah dan Sarawak.
Keempat-empat wilayah tersebut merupakan bekas tanah jajahan British. Degan penubuhan Malaysia itu, merdekalah Singapura, Sabah dan Sarawak.
Dengan tertubuhnya Malaysia, cabaran pertama yang getir ialah sikap permusuhan yang ditunjukkan negara jiran iaitu Filiphina dan Indonesia. Filiphina mendakwa Sabah merupakan wilayahnya. Indonesia pula menunjukkan penentangan lebih ekstrim dengan melancarkan konfrontasi (perang) ke atas tanah air kita, Malaysia.
Namun, Allah telah menyelamatkan Malaysia daripada hancur ketika itu.
DIRGAHAYU MALAYSIAKU.......!

Kita mahu berjaya tetapi kita lupa
Untuk mendoakan guru kita
Kita mahukan anak-anak kita berjaya
Lantaran itu kita akan selalu mendoakan kejayaan aak-anak itu
Tetapi kita sering terlupa,
Untuk doakan kebahagian dan kejayaan guru-guru anak itu
........bermurah hatilah dengan orang yang bermurah hati kepada kita........
Untuk mendoakan guru kita
Kita mahukan anak-anak kita berjaya
Lantaran itu kita akan selalu mendoakan kejayaan aak-anak itu
Tetapi kita sering terlupa,
Untuk doakan kebahagian dan kejayaan guru-guru anak itu
........bermurah hatilah dengan orang yang bermurah hati kepada kita........
Posted by
Sapinah Haji Said
comments (0)
Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.
1 – Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang terluang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.

2 – Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.

3 – Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.

4 – Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.

5 – Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.

6 – Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.

7 – Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.

8 – Sentiasa menanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.
9 - Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah
Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.

10 - Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.
11 - Menjadi model dalam rumah
Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.

12 - Imbangkan masa kokorikulum dan akademik
Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.

13 - Belajar mengikut rentak sendiri
Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.
14 - Persiapan minda sebelum ulangkaji
Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.

15 - Elakkan gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).
16 - Kurangkan kerja rumah tangga
Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar.

17 - Rancangkan jadual ulangkaji setahun
Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.

18 - Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan
Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”

19 - Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda
Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.

29 - Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan
Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.

21 - Terokai bakat dan minat anda
Sambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata.

Kesimpulan
Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.

Perkongsian ilmu dari :http://tipsbelajar.wordpress.com/
Posted by
Sapinah Haji Said
comments (0)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
11 anjakan:
11 anjakan:
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa
2. Memastikan setiap murid profesien dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di sekolah
6. Mengupayakan JPN,PPD dan sekolah untuk menyediakan peyelesaikan khusus berasaskan keperluan
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam

Proses pelaksanaan:
Gelombang 1 - (2012-2015) Menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas
Gelombang 2 (2016-2020) mempertingkatkan penambahbaikan sistem
Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksible
Gelombang 2 (2016-2020) mempertingkatkan penambahbaikan sistem
Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksible
Posted by
Sapinah Haji Said
comments (0)
menjemput dan mengundang....serupa tetapi tidak sama
Menjemput - pergi dan ambil seseorang (mengiringi)
Contoh: Ayah menjemput ibu di lapangan terbang.
Mengundang - mempelawa, tidak perlu pergi mengambil. Cukup dengan kad atau telefon
Contoh: Siti Nurhaliza mengundang saya ke majlis kenduri kesyukuran di rumahnya kerana lulus cemerlang dalam PMR
Salah: Siti menjemput saya menggunakan telefon.
Posted by
Sapinah Haji Said
comments (0)
BAGAI TANGKAI JERING
Maksudnya: orang yang sangat kedekut, lokek, kikir atau kelorek. Juga dikenai sebagai 'orang halus'
Kenapa tangkai jering? Bukan tangkai durian, kerdas, epal ke?

Buah jering ni tak
akan luruh tangkainya walaupun dah tua atau masak. Dipegangnya sungguh-sungguhnya buah jering, hanya dengan pisau sahaja yang mampu merampas buah jering daripada tangkainya
Posted by
Sapinah Haji Said
comments (0)
Beberapa orang kacang hantu telah dirasuk hantu
ketika melepak di sebuah rumah berhantu di Kampung Lubuk Hantu, tidak jauh dari
rumah hantu menyebabkan kacang hantu kacang hantu itu sentiasa diburu ketakutan
kerana bayangan hantu dikatakan sering menghantui mereka walaupun kejadian
tersebut telah lama berlalu.
Posted by
Sapinah Haji Said
comments (0)
Beza dari dengan daripada
- dari untuk menghubungkan tempat
Contoh: Mereka dari Pasir Mas
- dari untuk menghubungkan masa
Contoh: Mereka berada di sini sejak dari pagi
- daripada untuk menghubungkan sesuatu selain tempat dan masa
Contoh:
- Kasut itu daripada kulit
- Ahmad ebih pandai daripada Mat
Posted by
Sapinah Haji Said
comments (0)
Banyak cakap, banyak menyakat..LALAT
Banyak buat, banyak merosak...ULAT
Banyak rosak...banyak khianat...GEGAT
Banyak rehat, banyak melahap... PACAT
Kitakah antaranya..........???
Fikir-fikirkan...renung-renungkan...
Posted by
Sapinah Haji Said
comments (0)

KAMUS PERIBAHASA MELAYU
Nak seribu daya
taksir seribu dalih
kalau nak banyaklah usaha
kalau taksir pakat dok kelih
kalau rajin usaha sampai kaya
kalau malas gapo pun taklih
(^_____________________^)
senyum sokmo......
Posted by
Sapinah Haji Said
comments (0)

Usahaku yang terakhir dalam mengiringi perjuangan kalian...
Semoga kejayaan dalam genggaman !
Aamiin........
Posted by
Sapinah Haji Said
comments (0)
ALHAMDULILLAH.. Masih dapat cek untuk tahun ke lapan. Kamus Peribahasa Melayu kini telah tersenarai dalam kategori 'best seller'. Semoga KAMUS PERIBAHASA MELAYU ini terus memberi sumbangan bermakna kepada pelajar-pelajar bahasa Melayu dan pencinta bahasa seluruh Malaysia dan serata Nusantara.
Aamiin...
Sekadar renungan buat manfaat bersama...
Mahatma Gandhi pernah berpesan bahawa, "Dunia hanya mencukupi untuk orang-orang yang rajin, tetapi tidak untuk orang yang pemalas"
Sama-sama kita renungkan..